Khamis, 29 Julai 2010

First aid

28/7/2010

Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

  1. Menyelamatakan nyawa
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
  4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
  1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
  2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
  3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
  4. sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa d
    an pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
  1. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
  1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
  2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
  3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
  4. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
  5. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
  6. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
  7. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
  8. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation]

Tiada ulasan: