Rabu, 1 September 2010

Abseiling practical di tower S & T

01/09/2010. Hari yang paling aku bersyukur pada setiap tahun...salam semua..Alhamdulilah aku sempat sahur pagi..bangun-bangun je, pukul 5 pagi, lantas aku kebilik jad hasriq untuk meminjam motor nya untuk aku membeli nasi goreng kat warung dekat dengan swimming pool.Lepas sahaja bersahur aku bertekad untuk tidak tidur kerana kalau tidur memang tak bangun lah aku lepas ni..justeru itu aku study lah cikit BEL kerana hari ini ada speaking test..lepas dah solat subuh, 7.30 aku dan myrul telah pergi ke stor untuk mengamil peralatan di stor kenanga..sesampai disana abg wan dah ada dah kat stor...selepas itu dengan bantuan semua kawan-kawan kelas kami membawa peralatan abseiling ke menara S & T tingkat 11..di sana kami akan melakukan aktiviti kami yang mencabar...selepas peralatan semua dah sampai lalu kami susun semua peralatan, kira semula dan tangkap gambar untuk memastikan semua peralatan sudah cukup...Alhamdulilllah dengan bantuan abg mubin, kawannya dan En Hisyam telah menolong kami setting dan mengikat sling dan tali dynamic dengan cara yang betul..selepas semua telah siap setting..satu persatu daripada kami turun mengunakan australia , spider style atau turun dengan cara yang biasa sahaja..semasa aku nak turun, tipu lah kalau x gemuruh jiwa..bagi aku ada lah sikit, tapi aku macam biasa je lah..tenang sudah...sebelum nak turun kena lah mintak permission dari orang jaga kat bawah..alhamdulillah syukur ke hadrat illahi aq dapat turun dengan selamat...memamng best sangat dan terbaik lah abseiling ni perrrrrrrrrrrrrr...rasanye nak turun sekali lagi...tapi apa kan daya....tak boleh,,sebab ramai lagi kawan-kawan tak turun lagi dan maklumlah kat tingkat 11 kan, matahari memancar kan sinarnye sungguh terik siot..bulan puasa pulak tu kan....akhir kata pengalaman kelas abseiling yang lalu dapat aku mempelajari cara dan teknik untuk set up barang setting tempat dan macam macam lagi khususnya dari segi pengurusan..sebab masa sekolah dulu aku datang dan buat itu je, tetapi sekarang kita manage aktiviti sendiri..yang penting kalau ade abseiling lagi aku nak turun dengan gaya yang lagi mencabar bak kata pepatah budak-budak fakulti.."kata sportrec tak kan tak boleh buat"



























Free fall style











rap running style









forward descent style

























Tiada ulasan: