Rabu, 29 September 2010

kelas amali flying fox

29/09/2010; salam semua....pagi yang cerah ditemani dengan tiupan angin bayu...meniup pipi yang sedap dibuai mimpi...alangkah indah nya kalau kita dapat bangun awal pagi dengan perasaan yang bersemangat...dan yang penting kita bersyukur ke hadrat illahi kerana kita diberi kesempatan untuk meneruskan hidup.....selepas roh kita kembali ke jasad.....dan kita dapat bangun dari tidur dan mimpi-mimpi lalu dapat melihat keindahan alam ini lagi....ALHAMDULILLAH..
Alamak dah lari tajuk aku ini....ok lah lah kita kembali kepada cerita yang sebenarnye...sebenarnye aku ingin berkongsi pengalaman baru aku ketika kelas outdoor...iaitu setting tali untuk merealisasikan practical flying fox... seperti biasa kami pergi ke stor kenanga untuk mengambil segala kelengkapan seperti Kernmental rope, sling, carabiner, harness, pulley, tendem, helmet dan lain-lain...sesampainya kami di dataran wall climbing uitm yang berdekatan dengan pool...lantas kami layout barang dan memgira nya kembali ....seperti biasa itulah procedure nya..selang beberapa minit kemudian abg mubin sampai lalu menolong kami setting tali..kami ikat tali di batang pokok besar...di atas bukit dan satu lagi anchor dibawah bukit..kami mengikat dua tali diantara pokok itu iaitu tali utama dan diatasnya safety line...aku dapat belajar satu teknik baru untuk menegakkan tali...iaitu ikatan pursuit yang diaplikasikan oleh abg mubin untuk menegangjkan tali...yelah nak wat flying fox...mana boleh buat tali kendur...mesti kena tegang punya...
Ativiti kemuncak pada masa itu ialah apabila kami satu kelas beramai-ramai dan berkerjasama untuk menarik tali untuk menegang nya....perrrrrr...pertama kali aku tengok budak-budak kelas buat aktiviti tarik menarik ni....macam seronok pula suasana ketika itu..apabila melihat setiap wajah-wajah kawan ye....nampak kesunguhan disitu ye...insan yang cemerlang datang daripada akal ye, hati yang mantap ye, jiwa yang kuat ye....hahahahah....
Akhirnya masa yang dinanti nanti telah tiba...kami mencabut undi untuk sapa yang turun dulu...alankah hiba nya perasaan apabila mendapat no yang agak terbelakang...makna aku tak sempat turun lah ni, disebabkan masa yang suntuk...ermmm..tak apa lah janji dapat tengok kawan turun pun jadilahh.....sebab aku apabila benda yang kita buat bersunguh-sungguh dengan penat lelah..dan apabila telah siap...kita gunakannya...ia menghasilkan satu perasaan yang something...iaitu perasaan puas...dan beebaloi-baloi...daripada tempat rekreasi yang lain yangada siap flying fox tinggal turun je....lain perasaan nye....so sambung balik cerita..sebelum nak turun tu....abg mubin dan en hisyam telah dapat mengesan tali dynamic yang digunakan untuk mengikat pursuit itu telah putus...alangkah bertambah hiba lah perasaan ketika itu..en hisyam telah memutuskan...untuk membatal kan penurunan kerana dalam outdoor recreation yang paling dititik beratkan ialah safety, safety, safety, safety dan safety..
kesimpulan dan moralnya aktiviti pagi ini adalah semangat kerjasama antara kami sekelas dapat diutuhkan...banyak ilmu baru dapat ditimba..dalam setting meyetting tali ini...dan jutaan terima kasih kepada abg mubin kerana banyak membantu sepanjang kami melakukan aktiviti praktikal untuk outdoor recreation...dan En hisyam yang telah mengajar kami erti sebab rekreasi luar ini...agar memjadi insan yang berkualiti dan tak lupa juga kepada abd safwan...staf yang bertugas di stor fakulti di kenanga...yang memberi pandangan dan nasihat yang berguna...sekian wasalam...dengan diakhiri dengan sajak spontan...tulus dari sanubari....

gendang gendut,
tali kecapi,
kenyang perut,
suka hati,
harap harap nanti,
boleh berjumpa lagi,
dengan luahan isi hati ku lagi,
yang diterjemahkan melalui,
blog ku ini.....

















tali yang terburai

















3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tali dinamik memang la putus klu guna flying fox sebab tu untk Abseiling sesuai la. Flying fox guna tali statik (tidak anjal).

Eric Najwan berkata...

Boleh saya bertanya , ikatan apa digunakan Untuk flying fox dan berapa jenis

Eric Najwan berkata...

Boleh saya bertanya , ikatan apa digunakan Untuk flying fox dan berapa jenis