Sabtu, 21 Ogos 2010

Night walk yang misteriiiiiiii

Pada malam first camp yang kedua, kami telah merempuhi aktiviti malam iaitu night walk...
nak di jadikan cerita.....pada malam yang sunyi dan gelap itu...kami semua dikumpulkan ki satu lokasi berhampiran dengan tasik... sayup-sayup kedengaran air berkocak...ketika itu fasi yang bertugas mengendalikan night walk memberi penerangan secukupnye terutamanye dari segi keselamatan 'safety first' dan memberi tahu kami password camp kami...fasi tu cakap kalau nampak kelibat atau lembaga...kata dengan 'benda' tu busut.. tiga cakap busut.... busut...busut... kalau die tak jawap..ehmmmmmm dan boleh jalan tanpa menoleh kebelakang lagi"jangan pandang belakang" dah lepas tu..kalau die jawab 'jantan' maknanye die dari kalangan camp kami lah...berdasarkan kenangan aku kat gunug angsi..ade jugak aku lakukan aktiviti night walk ini..pada masa itu cikgu aku kata macam ni dengan sempoi je"awak jalan soran-sorang lepas tu jangan pandang belakang, jangan jalan laju sangat lalu je jalan ni..nanti sampai hujung ade cikgu yang tungu awak..hati-hati tau ade sungai kat depan"dah lah tengah malam kat tengah hutan pulak tu mana aku tak seram..nasib lah aku ok je..kembali ke first camp...selepas En Hisyam memberi taklimat kami terus menuju ke lokasi yang tidak diketahui...sampai di satu dataran..selepas itu kami disuruh baring..ehmmmm orang ngantuk disorok kan bantal memang aku tidur lah lepas tu. sedang aku enak dibuai mimpi indah tiba-tiba.........aku dikejutkan oleh fasi..die cakap macam ni"nampak jalan yang berlampu kat depan kan lepas tu jalan terus je..ikut jalan yang berbatu, jangan sekali jalan di atas rumput ye...dalam keadaan mamai dan mengantuk aku tetap tabah kan diri untuk melangkah demi melangkah, tapi tipu lah aku cakap aku tak takut langsung..adalah agak seram sikit aku rasa...pada minit yang pertama, aku terdengar bunyi-bunyian seperti memangil aku tapi nampak sangat dibuat...lalu aku terus mara ke hadapan dalam pertengahan jalan, aku banyak melihat lembaga dan kelibat yang mencangkung, berdiri relax je, duduk dan macam-macam gaya lagi lah..terkejut jugaklah dibuat nya...lepas tu aku cakap lah busut kat lembaga-lembaga itu semua, ada yang jawab jantan, ada yang tak jawab langsung, dan ade pula yang tiba-tiba kata jantan kat aku..aku pun tahu nak jawab apa..sebab bukan kata busut dulu ke?ehmm x apa lah aku teruskan lagi perjalanan aku, sampai lah aku ditahan oleh En Hisyam..lah ade lah sorang dua orang yang ke tahan jugak kerana kitaorang jalan laju sangat...lepas tu baru kitaorg dilepaskan sorang-sorang hinggalah sampai ke camp site dan kami disuruh tidur di dataran sampai lah sok subuh...ha itu sahaja lah pengalaman aku... misteri tak?

Tiada ulasan: